Rabu, 04 Februari 2015

Bersama New Boyz

Tomok dianggap tunggak utama kumpulan New Boyz. Ini kerana ahli kumpulan New Boyz yang sering bersilih ganti. Hanya Tomok yang masih kekal dari awal kemunculan kumpulan itu sehingga kini. Tomok bersama New Boyz telah melahirkan enam buah album penuh dan satu album The Best Of New Boyz. Ahli kumpulan yang bersilih ganti tidak sesekali mematahkan semangat Tomok untuk terus memperjuangkan minatnya dalam industri muzik sebagai penyanyi, pemuzik mahupun pencipta lagu. Tomok mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu untuk album New Boyz yang ke-6 (Semula Padaku) dengan lagu hasil ciptaan Tomok sendiri iaitu Kau Bernama Cinta.Antara album yang dihasilkann Tomok bersama New Boyz sepanjang karier beliau setakat ini ialah ialah New Boyz(1999),Akur(2000),Wirama(2001),Inspirasi(2003),Bermulanya Satu Evolusi(2005) dan Semula Padaku(2007).
Selepas melahirkan album yang ke-6 tersebut, Tomok dan ahli New Boyz yang lainnya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak mereka bersama syarikat rakaman SRC. Selepas pengunduran itu, Tomok mahupun New Boyz kurang kelihatan dalam industri muzik sehinggalah Tomok mengambil keputusan untuk menyertai satu program realiti TV terbitan Media Prima iaitu One In A Million (OIAM) pada tahun 2009.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar