Rabu, 04 Februari 2015

Menyertai OIAM

Penyertaan Tomok dalam musim ke-3 OIAM menjadi liputan meluas penggemar muzik tempatan. Ini kerana Tomok dilihat sudah hilang dari industri dan kemudian secara mengejut muncul dalam program realiti untuk turut bertanding dengan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.
Peluang yang diberikan digunakan oleh Tomok sebaik mungkin. Hari demi hari, minggu demi minggu, Tomok berjaya membuka sedikit ruang untuk diterima dan bakatnya itu diiakan oleh pengkritik tetap program itu Shafinaz Selamat dan Paul Moss begitu juga dengan rakyat Malaysia. Nama Tomok menjadi sebutan sebagai peserta yang menonjol dan mampu membuat kelainan pada setiap persembahan yang dilakukan setiap minggu. Kebolehan Tomok memberi persembahan yang bertenaga dan memberi suntikan segar untuk setiap lagu yang dia tukar cara penyusunan untuk setiap lagu sering menjadi pujian dari pihak juri mahupun penonton.
Minggu demi minggu Tomok lalui setiap cabaran dengan sabar dan tekun sehinggalah ia membawa Tomok ke peringkat akhir pertandingan itu, bersama Esther dan Aweera. Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Tinta S. Ternyata Tomok meraih undian SMS tertinggi 39.3 %, Esther 33.29 % dan Aweera 27.41 %. Tomok berjaya menjadi artis pertama dan peserta lelaki pertama yang berjaya menjadi Juara OIAM.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar