Kamis, 05 Februari 2015

Tinggalkan New Boyz - Jay beri komen

PENARIKAN diri Jay, Along dan Lan daripada kumpulan New Boyz bukan sahaja mendukacitakan peminat di seluruh negara, malah mereka sendiri sedih dengan perpisahan tersebut.
Jay yang bertindak sebagai gitaris New Boyz, ketika dihubungi berkata, jauh di sudut hatinya memang dia tidak ingin bercerai dengan New Boyz.
Namun apakan daya dia sudah tidak mampu untuk meneruskan perjuangan dengan New Boyz yang sudah memasuki usia lima tahun itu.
Jelas Jay, sudah lama dia memendam duka, tapi kerana sayangkan kumpulan New Boyz, dia cuba juga bertahan. Namun semenjak awal tahun ini, Jay sudah tidak mampu membohongi hatinya.
Sehubungan itulah Jay tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, mengambil keputusan untuk keluar daripada New Boyz yang kini hanya kekal dianggotai oleh Tomok (vokalis) dan Zack yang bertindak sebagai pemain bass.
``Apa yang boleh saya jelaskan di sini bahawa saya tarik diri daripada kumpulan itu kerana saya merasakan perjuangan kami sudah berbeza,'' kata Jay.
Jay diminta mengulas kenyataan Tomok tentang penarikan diri Along, Lan dan Jay daripada New Boyz yang disiarkan Utusan Malaysia pada Rabu lalu.
``Bagaimanapun, saya tidak pernah mempengaruhi Along atau Lan untuk ikut langkah saya. Mereka buat keputusan sendiri. Pada saya buat apa saya meneruskan perjuangan bersama New Boyz seandainya matlamat kami berbeza,'' kata Jay yang bercadang untuk meneruskan kegiatan sebagai pemuzik undangan sebelum menubuhkan kumpulan sendiri.
Jay yang merupakan adik kepada Along, menolak dakwaan yang mengatakan penarikan dirinya dan rakan lain daripada kumpulan itu disebabkan masalah disiplin.
Katanya, setiap anggota ada masalah sendiri dan selalunya ia akan diselesaikan bersama. Bagaimanapun masalah dalaman yang dihadapi oleh anggota New Boyz tidak pernah selesai.
Meskipun sudah keluar daripada New Boyz, Jay masih mengekalkan hubungan persahabatan dengan rakan-rakan lain.
Sementara itu Utusan Malaysia juga berusaha menghubungi Lan dan Along untuk meminta komen, tetapi tidak dapat dihubungi.

Rabu, 04 Februari 2015

Selepas OIAM

Kini Tomok selesa bergerak sebagai artis solo lelaki dan dalam masa yang sama bergerak bersama kumpulan New Boyz. Kini Tomok dalam rangka menyiapkan album solo pertama beliau dengan kerjasama beberapa penggubah terkenal tanah air, antaranya Aubrey Suwito yang merupakan pencipta lagu Rindu Terhenti (lagu single pertama Tomok secara solo), Edry Abdul Halim (Edry KRU), Audi Mok, Aidit Alfian dan Shazee. Tomok juga menampilkan pemain gitar New Boyz iaitu Afiez (Hafeez As'Ad Azam) sebagai salah seorang pencipta lagu di dalam albumnya yang akan datang itu.
Selain bergelar sebagai penyanyi, Tomok juga sudah bergelar pelakon apabila dia telah diberi kepercayaan untuk malakonkan watak hero bagi filem Mantera yang dijangkakan akan ditayangkan sekitar penghujung tahun 2010 - awal tahun 2011. Filem ini mendapat usaha sama produksi Malaysia dan Rusia.[3]
Berkat usaha yang gigih dengan sedikit pengalaman dalam berlakon ketika bersama kumpulan Newboyz dimana mereka telah berlakon untuk telemovie Pulau Inspirasi dan Meraung dan pernah berlakon untuk beberapa buah drama sebagai penampilan istimewa, ia sedikit sebanyak dapat membantu Tomok menempuhi detik-detik dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelakon.
2012 merupakan tahun dimana hasil lakonan Tomok sebagai pelakon filem di tayangkan. Bermula dengan Mantera yang kurang mendapat sambutan memberangsankan Istanbul Aku Datang pula sebaliknya. Filem yang membariskan pelakon-pelakon seperti Lisa Surihani dan Beto Khusyairi itu menjadi buah mulut penyokong filem di Malaysia. Lakonan Tomok sebagai orang baru dalam industri perfileman dianggap berjaya. Lakonan yang bersahaja dan penjiwaan watak yang sangat berkesan berjaya mencuri perhatian penonton.

Menyertai OIAM

Penyertaan Tomok dalam musim ke-3 OIAM menjadi liputan meluas penggemar muzik tempatan. Ini kerana Tomok dilihat sudah hilang dari industri dan kemudian secara mengejut muncul dalam program realiti untuk turut bertanding dengan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.
Peluang yang diberikan digunakan oleh Tomok sebaik mungkin. Hari demi hari, minggu demi minggu, Tomok berjaya membuka sedikit ruang untuk diterima dan bakatnya itu diiakan oleh pengkritik tetap program itu Shafinaz Selamat dan Paul Moss begitu juga dengan rakyat Malaysia. Nama Tomok menjadi sebutan sebagai peserta yang menonjol dan mampu membuat kelainan pada setiap persembahan yang dilakukan setiap minggu. Kebolehan Tomok memberi persembahan yang bertenaga dan memberi suntikan segar untuk setiap lagu yang dia tukar cara penyusunan untuk setiap lagu sering menjadi pujian dari pihak juri mahupun penonton.
Minggu demi minggu Tomok lalui setiap cabaran dengan sabar dan tekun sehinggalah ia membawa Tomok ke peringkat akhir pertandingan itu, bersama Esther dan Aweera. Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Tinta S. Ternyata Tomok meraih undian SMS tertinggi 39.3 %, Esther 33.29 % dan Aweera 27.41 %. Tomok berjaya menjadi artis pertama dan peserta lelaki pertama yang berjaya menjadi Juara OIAM.


Bersama New Boyz

Tomok dianggap tunggak utama kumpulan New Boyz. Ini kerana ahli kumpulan New Boyz yang sering bersilih ganti. Hanya Tomok yang masih kekal dari awal kemunculan kumpulan itu sehingga kini. Tomok bersama New Boyz telah melahirkan enam buah album penuh dan satu album The Best Of New Boyz. Ahli kumpulan yang bersilih ganti tidak sesekali mematahkan semangat Tomok untuk terus memperjuangkan minatnya dalam industri muzik sebagai penyanyi, pemuzik mahupun pencipta lagu. Tomok mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu untuk album New Boyz yang ke-6 (Semula Padaku) dengan lagu hasil ciptaan Tomok sendiri iaitu Kau Bernama Cinta.Antara album yang dihasilkann Tomok bersama New Boyz sepanjang karier beliau setakat ini ialah ialah New Boyz(1999),Akur(2000),Wirama(2001),Inspirasi(2003),Bermulanya Satu Evolusi(2005) dan Semula Padaku(2007).
Selepas melahirkan album yang ke-6 tersebut, Tomok dan ahli New Boyz yang lainnya mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak mereka bersama syarikat rakaman SRC. Selepas pengunduran itu, Tomok mahupun New Boyz kurang kelihatan dalam industri muzik sehinggalah Tomok mengambil keputusan untuk menyertai satu program realiti TV terbitan Media Prima iaitu One In A Million (OIAM) pada tahun 2009.

KehidupanPribadi

Pada 1 Julai 2011, dengan sekali lafaz sahaja penyanyi Tomok atau (Gambar) Shah Indrawan Ismail, 27 tahun, kini sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abas, 32 tahun, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.
Rahayu Abas menerima sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11, mas kahwin berjumlah RM300, cincin, sirih junjung, set barang kemas, sepersalinan baju, jam tangan dan beg, set minyak wangi, senaskah Al-Quran, sebiji kek dan telekung. Manakala pihak pengantin lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran iaitu jam tangan, , coklat, sebiji kek, sepasang kasut, set minyak wangi, dompet, sepersalinan baju Melayu, sejadah, senaskhah Al-Quran dan sirih junjung.
Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat. Dijangkakan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media akan memeriahkan majlis nikah bertemakan urban kontemporari berwarna ungu dan emas tu.Sementara itu, pasangan pengantin Tomok dan Rahayu Abas telah melangsungkan tiga majlis resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Juli).

Jangan Lupa Yang ini . . . :)

Cek keseharian bang #Tomok and #manifesto di >>> https://www.facebook.com/TomokOfficial?fref=ts

Zack New Boyz Terlepas Hukuman Gantung ! ! !

Zack New Boyz yang telah ditahan reman selama 3 tahun di Penjara Sungai Buloh didapati tidak bersalah oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir. Ini adalah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Kata hakim tersebut.Walaupun dikatakan tertuduh yang buang (dadah) tetapi ia hanya menunjukkan pengetahuan bukan pemilikan (ke atas dadah). Justru saya berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan.
Semoga berita gembira ini akan membersihkan nama Zack New Boyz dan sekaligus memberikan sinar baru di dalam hidupnya. Yang penting, Zack dapat pulang ke pangkuan 2 orang anaknya. Apa pun moga-moga tahun 2013 ini akan membawakan lebih berita baik buat Zack.