Rabu, 04 Februari 2015

Selepas OIAM

Kini Tomok selesa bergerak sebagai artis solo lelaki dan dalam masa yang sama bergerak bersama kumpulan New Boyz. Kini Tomok dalam rangka menyiapkan album solo pertama beliau dengan kerjasama beberapa penggubah terkenal tanah air, antaranya Aubrey Suwito yang merupakan pencipta lagu Rindu Terhenti (lagu single pertama Tomok secara solo), Edry Abdul Halim (Edry KRU), Audi Mok, Aidit Alfian dan Shazee. Tomok juga menampilkan pemain gitar New Boyz iaitu Afiez (Hafeez As'Ad Azam) sebagai salah seorang pencipta lagu di dalam albumnya yang akan datang itu.
Selain bergelar sebagai penyanyi, Tomok juga sudah bergelar pelakon apabila dia telah diberi kepercayaan untuk malakonkan watak hero bagi filem Mantera yang dijangkakan akan ditayangkan sekitar penghujung tahun 2010 - awal tahun 2011. Filem ini mendapat usaha sama produksi Malaysia dan Rusia.[3]
Berkat usaha yang gigih dengan sedikit pengalaman dalam berlakon ketika bersama kumpulan Newboyz dimana mereka telah berlakon untuk telemovie Pulau Inspirasi dan Meraung dan pernah berlakon untuk beberapa buah drama sebagai penampilan istimewa, ia sedikit sebanyak dapat membantu Tomok menempuhi detik-detik dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelakon.
2012 merupakan tahun dimana hasil lakonan Tomok sebagai pelakon filem di tayangkan. Bermula dengan Mantera yang kurang mendapat sambutan memberangsankan Istanbul Aku Datang pula sebaliknya. Filem yang membariskan pelakon-pelakon seperti Lisa Surihani dan Beto Khusyairi itu menjadi buah mulut penyokong filem di Malaysia. Lakonan Tomok sebagai orang baru dalam industri perfileman dianggap berjaya. Lakonan yang bersahaja dan penjiwaan watak yang sangat berkesan berjaya mencuri perhatian penonton.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar